-works.org" target=_blank>glitter-graphics.com

Bagai Melukut Ditepi Gantang .....

DOA ITU PENENANG JIWA

Bismillahirrahmanirrahim...


 YA ALLAH , Ya tuhanku , hanya padaMu ....... tempat mengadu segala rindu .... limpahiku rahmat kasihmu .... payungiku dengan cahaya RahmanMu .......insafiku dengan redhaMu....dalam munajat , dalam tahajjud cintaku bersujud.... 

Pergi tak kembali

AL FATIHAH buat ibu tersayang yang telah pergi untuk selamanya tanggal 16 september 2000.Pergi yang tiada pengganti, kehilangan yang sudah pasti ditangisi....namun takdir Illahi tiada siapa yang mampu mengubahnya.... semoga ibu 'aman' di 'sana' bersama para ambia'...Amin...

Buat semua teman seperjuangan,sahabat seiring jalan dan rakan blogger.....terima kasih kerana sudi layar blog KMZ ini,tiada kata seindah bahasa untuk dilapazkan... hanya bait-bait kalam bersulam harapan agar kalian setia bersama KMZ selagi nadi blog ini masih berdetik hingga ke akhirnya..... 


..............Aku masih ingat lagi waktu sekolah rendah dulu,ramai kawan-kawan cemburu sebab aku ni anak tunggal ! kata mereka jadi anak tunggal ni sentiasa menjadi 'kesayangan' dalam keluarga.....pendek kata tak payah ler nak berebut sesuatu dengan orang lain.......aku pun tak nak ler jadi hipokrit pulak...................
Masa tu zaman kanak-kanak lagi,tak fikir panjang.....memang dari zahirnya aku beruntung sangat dilahirkan sebagai anak tunggal,tapi sebenarnya tak siapa yang ambil tahu betapa sunyinya aku!!!... kita hanya manusia biasa yang tak pernah sempurna dan tidak akan sempurna sampai bila pun. Lebih di satu sudut tapi di sudut yang lain pula pasti ada kekurangannya.... begitu juga aku yang tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah sejak kecil lagi. Namun begitu aku cukup bersyukur kerana masih punya seorang ibu yang terlalu istimewa dihatiku dari fana hingga ke alam baqa nanti. 
Adusss... bila dah buka cerita syahdu time sunyi mcm nie mula lah nak turun 'gerimis' malam...jam di skrin laptop pun dah 00:31am,semua orang dah hanyut dalam mimpi indah masing-masing... tinggal aku yang masih keras mata. Mungkin sebelum makan malam tadi aku minum segelas kopi panas keras.....
Kita sambung cerita tadi,..... bila ayah meninggal, aku dan ibu tinggal bersama nenek dan wan. Di sinilah episod airmata bermula dalam hidup aku. Jadi kesayangan ramai pun tak menjanjikan bahagia tu milik kita sebenarnya. Ramai yang cemburu,marah malah benci sangat bila Wan lebih utamakan aku berbanding anak-anak sendiri...apalah salah Wan yang sekadar ingin menumpahkan kasih kepada seorang anak yatim (umurku 3 tahun ketika itu). Bayangkanlah... suatu hari Wan baru balik kerja (time tu naik basikal je,era 70an).. tak sempat nak melangkah naik ke rumah, aku merengek minta dibelikan biskut (roti tawar). Tanpa membantah, Wan terus capai basikal terus menuju ke kedai berhampiran untuk mendapatkan roti kesukaanku itu. Tapi apalah yang aku tahu ketika itu kan... masih terlalu kecil untuk memahami situasi di sekeliling ku yang sedang bergolak bagaikan tsunami. Nak ke sekolah pun Wan yang hantarkan, balik sekolah dijemput macam seorang puteri. Seingat aku, nak belajar naik basikal pun Wan tak benarkan,takut sangat kalau-kalau aku tercedera. 
Tapi hidup kita ni kan macam roda, pusingan demi pusingan akhirnya terbabas juga... begitu jugalah episod sayu yang mula singgah dan bertamu dalam putaran kisah aku seterusnya. Ketika usia aku 15 tahun,Wan telah 'pergi' meninggalkan aku ketika menunaikan haji di tanah suci Mekkah. Perginya Wan pada tarikh keramat itu amat menyentuh hati kecilku. Tapi apakan dayaku,hanya pasrah menerima ketentuanNya. Aku amat terkilan kerana tidak sempat membalas segala jasa dan kasih sayang Wan selama ini. Pun begitu aku pasti,Wan lebih 'bahagia' di sana,lebih-lebih lagi Wan dikafan dan dikebumikan di tanah bertuah bumi Mekkah .... (barangsiapa yang dipilih Allah s.w.t kembali kepadaNya di tanah bertuah itu maka Allah mengharamkannya dari api neraka..). Begitulah Wan yang menjadi pilihan Allah s.w.t kerana keikhlasan hatinya dan keimanannya yang tak berbelah bagi. Sesungguhnya orang-orang yang mengasihi anak-anak yatim kerana Allah maka di akhirat nanti dia akan duduk disisi Rasulullah s.a.w.....