-works.org" target=_blank>glitter-graphics.com

Mencari Jejak Yang Kabur


MENCARI JEJAK YANG KABUR
Karya : Mawar Zulaikha


Ting , Ting , Ting .....dentingan jam sebanyak tiga kali menandakan tepat tiga petang. Kelihatan seorang gadis ayu bermata bundar dengan rambut panjang melepasi bahu masih berdiri di tepi jendela. Matanya merenung jauh ke tengah lautan. Entah apa yang dicarinya , hanya Yana yang tahu. Hampir dua hari Yana dan tiga lagi rakannya menyewa di chalet Melati. Kalau tak kerana nak siapkan tesis yang diberikan oleh Prof. Amir , sudah tentu mereka tidak sampai ke situ. Ah, dah hampir jam enam petang..... fikir Yana sambil melihat jam tangan yang dipakainya.

Sudah hampir tiga jam Alia ,Nana dan Zura keluar kononnya untuk membeli makanan. Yana kelihatan gelisah menanti tiga lagi sahabatnya pulang. Sesekali terdengar keluhan kecil terbit dari bibir monggelnya. Yana mencapai telefon bimbitnya lalu mendail 'private number' Alia , Nana dan akhir sekali Zura tapi ternyata semuanya berada di luar kawasan. Pelik ! fikir Yana lagi. Ketika Yana sedang mundar mandir di dalam bilik sederhana besar itu, tiba-tiba kedengaran ketukan bertalu-talu di pintu.

"Yana , buka pintu ni ," jelas suara seseorang yang Yana kenal benar di luar pintu.

"Ya , Allah .... kau Alia , mana yang lain ? tanya yana sambil menarik tangan Alia masuk ke dalam bilik tumpangan mereka.

"Mana ada yang lain lagi , aku lah yang terakhir sampai kat sini... si Nana dan Zura kan dah lama balik ," balas Alia dalam nada agak kepenatan.

Yana terdiam seketika , hari pun dah beransur gelap.... entah ke mana agaknya dua sahabatnya itu pergi. Dadanya mula berdebar-debar. Entah-entah ada sesuatu yang buruk berlaku pada mereka. Yana mengurut dadanya perlahan-lahan sambil memerhatikan wajah Alia yang sedikit pucat. Kehairanan Yana bertambah apabila melihat banyak kesan calar dan luka-luka kecil dipergelangan tangan dan kaki Alia.

"Apa sebenarnya yang terjadi , Alia ... kau cakap tadi mereka dah balik tapi kenapa sampai sekarang masih belum sampai lagi ?" tanya Yana lagi seolah tidak sabar untuk mengetahui cerita dari mulut Alia sendiri.

"Kami ke pantai tadi , lepas tu si minah dua orang tu jumpa mamat mana entah... jadi aku pun terus pergi beli makanan ni haa , aku ingat tentu mereka dah balik ," jelas Alia panjang lebar sambil bangun menuju ke bilik air meninggalkan Yana yang masih bingung dengan kehilangan dua sahabatnya itu.

Yana benar-benar tidak dapat melelapkan matanya malam itu. Fikirannya hanyut bersama cerita Alia petang tadi. Mereka berempat baru sahaja tiba di tempat yang belum pernah mereka kunjungi sebelum ini. Tak mungkin Nana dan Zura begitu kemaruk untuk menjelajah seluruh kawasan pantai itu tanpa dia dan Alia bersama. Yana teringatkan pesanan ayah dan ibunya agar sentiasa berhati-hati ketika berada di tempat orang.

Dalam keheningan malam yang makin larut itu , jelas kedengaran suara cengkerik yang seakan ingin menghiburkan hati Yana yang gelisah. Bunyi desiran ombak yang sesekali menghempas ke pantai bagaikan serentak dengan irama hati Yana yang berdebar kencang seolah tidak sabar untuk menunggu tibanya hari esok. Ke mana saja lah kau Nana , Zura ... balik lah , bisik Yana dalam nada perlahan sambil memejamkan kedua matanya yang telah mula terasa 'berat'........

Bersambung.........